Assalamualaikum. Sekarang sudah pun masuk bulan Julai. Bagi penuntut universiti, mereka semua sedang sibuk membuat persiapan untuk semester baru. Namun saya pasti ramai antara mereka yang berasa berat hati untuk pulang ke kampus bagi meneruskan pengajian masing-masing. Apa tidaknya mereka semua termasuk saya sendiri berasakan tidak puas hati lagi bercuti dan melepaskan rindu bersama keluarga tercinta.
Awal semester ini, ramai antara siswa dan siswi yang gembira dan lega serta tak kurang juga yang sedih dengan keputusan peperiksaan akhir semester sebelum ini. Ya la, kenapa tak runsing kalau 'pointer' dah jatuh. Apa yang pasti ramai juga antara mereka ini yang berazam akan membaiki diri pada semester yang akan dibuka tak berapa lama lagi ini. Bagi yang dapat keputusan yang kurang baik pastinya akan bercita-cita ingin meningkatkan lagi usaha mereka manakala bagi yang dapat keputusan yang cemerlang pastinya ingin meningkatkan lagi pencapaian atau sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian mereka.
Semoga kita semua berjaya dalam pelajaran masing-masing...