Sunday, May 22, 2011

SELAMAT HARI GURU, Cikgu !!!

Selamat Hari Guru kepada seluruh guru yang berada di Malaysia. Terima kasih atas segala jasa yang tak terbalas olehku. Ucapan teristimewa buat guruku yang pertama dalam hidup, ibu bapa yang tak pernah puas mendidikku sehingga dewasa begini, guru-guru di Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, MRSM walau sekejap, dan juga guru al-Quran. Ingin juga diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah yang pernah mengajarku semasa di Universiti Teknologi MARA Perak.
                Segala pengorbanan anda semua tak dapat dihitung banyaknya, tak dapat nilai dengan wang ringgit, dan takkan dapat dibalas kembali. Semoga Tuhan saja yang membalas jasa bakti anda semua. Tanpa guru pasti aku tak dapat emnulis ucapan seperti ini, tak mengenal huruf, tak boleh mengira, dan takkan dapat menjejakkan kaki ke menara gading seperti sekarang ini.
                Percayalah kita semua bahawa kejayaan yang kita kecapi pada masa ini semuanya bermula dengan ajaran yang dicurahkan guru. Walau sekarang anda seorang doktor pakar bedah terkemuka, peguam yang hebat membela, arkitek yang menakjubkan rekaannya, ahli politik yang berjaya atau apa pun anda sekarang ini, semuanya berkat ajaran guru anda semasa kecil dulu. Walau guru darjah satu anda hanya mengajar ilmu membaca dan mengira namun tanpa ilmu yang dicurahkan mereka adakah anda mampu maju sehingga pencapaian sekarang ini.
                Terima kasih guru-guruku yang mulia. Semoga anda semua dikurniakan kebahagian, petunjuk dalam hidup, dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Kepada guru-guruku yang telah pun pergi semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan diampunkan dosanya. Aminn..
(Lambat muat naik blog)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-33750781-1