Tuesday, June 7, 2011

MAHARAJA LAWAK 2011


Sekarang ini heboh dengan program lawak terbaru tanah air iaitu program Maharaja Lawak yang sedang bersiaran di Astro Warna, Astro. Tentunya para peminat program Raja Lawak tidak melepaskan peluang untuk mengikuti siaran Maharaja Lawak yang disertai oleh peserta-peserta Raja Lawak siri-siri yang sebelum ini. Antaranya Raja Lawak seperti Yus, Nabil, Man, dan pemenang tempat kedua dan ketiga program Raja Lawak yang lain.

            Saya juga termasuk salah seorang daripada khalayak ramai yang mengikuti juga program Maharaja Lawak di astro ini. Walaupun saya akui sebelum ini tidak terlalu mengikuti program Raja Lawak sepenuhnya bahkan langsung tidak menonton siaran Raja Lawak yang terkemudian daripada Raja Lawak siri yang pertama. Sekadar menonton siaran ulangan yang disiarkan di channel Astro Prima.


            Sememangnya jiwa ini agak sebati dengan program-program yang berbentuk komedi. Kalau saya menonton filem pun saya lebih meminati filem-filem yang berunsurkan komedi. Namun kadang-kadang terasa di negara kita ini kekontangan filem-filem komedi atau program komedi yang agak matang atau sekurang-kurangnya lawak yang tidak terlalu bodoh. Walau bagaimanapun setelah menonton siaran Maharaja Lawak yang pertama, entah kenapa hati ini seakan-akan tertarik dengan program ini sehinggakan ternanti-nanti siaran seterusnya. Walaupun tidak dinafikan yang tidak kesemua peserta program ini membuat persembahan lawak yang agak matang namun terdapat beberapa kelainan yang dikemukan oleh para peserta dalam membuat persembahan lawak mereka dari minggu ke minggu.

Juri-Juri Maharaja Lawak 2011

            Apa yang mengkagumkan diri ini adalah konsep komedi yang dipersembahkan itu pelbagai dan dipersembahkan dengan begitu kreatif sekali oleh para peserta. Antara peserta yang saya rasa mutu persembahan mereka agak bermutu dan tentunya lawak ialah gandingan Johan dan Zizan, kumpulan Jambu, Nabil, dan geng sepah. Apa pun jom layan Maharaja Lawak di Astro yang sekarang sudah menghampiri ke final.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-33750781-1