Tengah-tengah asyik melayari internet semalam saya tersentak jugaklah apabila terbaca satu kenyataan dalam akhbar berita harian. Tajuknya ‘Layan macam pelacur’, sekali baca boleh bawa tanggapan buruk. Ingatkan cerita pasal apa kalau dah disebut pelacur rupa-rupanya pasal sang isteri perlu melayani suaminya persis pelacur. Terbeliak biji mata ini sekali baca kenyataan itu. Kenyataan itu dijelaskan oleh Dr. Rohaya Mohamed, Naib Presiden Kelab Isteri Taat, sebagaimana yang dilaporkan akhbar. Mungkin ini salah satu kesilapan petikan kenyataan ‘misquote’ atau pun sebaliknya. Inilah sebahagian petikan kenyataan yang dilaporkan akhbar Berita Harian bertarikh 05/06/2011.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.”- Berita Harian
Secara jujurnya memang tidak dinafikan yang seorang isteri berkewajipan melayani suaminya apabila diminta namun adakah sopan serta logik di akal untuk membandingkan tugas seorang isteri dengan pelacur. Adakah tugas si isteri yang mulia di sisi agama dan norma masyarakat setaraf dengan kerja seorang pelacur? Apa nak jadi dengan pemikiran orang zaman sekarang.
Kalau pun terlalu ingin menangani masalah suami yang berlaku curang atau menyimpan perempuan simpanan dan yang seumpamanya namun adalah tidak wajar bagi mereka mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Saya bersetuju yang seorang isteri harus taat kepada suami dan melayan suaminya namun tidak patut untuk menyamakannya dengan seorang pelacur yang jelas kelakuan mereka itu dikecam agama dan masyarakat yang waras.
Walau apa pun mungkin kenyataan yang seperti itu satu kesilapan dalam menyampaikan maksud sebenar yang dingin diutarakan iaitu pentingnya si isteri taat dan melayan suami sehabis baik mungkin untuk mengelakkan suami daripada berlaku curang dan mencari yang lain.
-Tokdin-
No comments:
Post a Comment