Thursday, September 16, 2010

Furu' al-Masa'il wa Usul al-Wasa'il in Modern Bahasa Melayu

I've bought a useful and informative book on Islamic jurisprudence. However, this book is really suitable for everybody even for youngster like me. The book title is Furu' al-Masa'il wa Usul al-Wasa'il which is written by Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani, a well-known Muslim cleric in Nusantara. He is a well-known ulama in Nusantara and also in Mecca as he stayed in Mecca after completing his haj in Mecca.
 
        According to the book, it is known that Syeikh Daud al-Fathani accidentally need to stay in Mecca as there is problem when he wanted to get back to home just after his completion of the haj in Jeddah port. Then, he made decision to back to Mecca and further his study on Islamic knowledge. After about 30 years stayed in Mecca for study, he then moved to Madinah and stayed there for five years for further his study. However, after completing his study he decided not to back to his home in Fathani but to stay in Mecca to teach and spread his knowledge of Islam in Masjidil Haram in Mecca.
 
        This book actually is written by Syeikh Daud in ancient Pattani Malay language (Melayu Pattani). It is a translation of two Arabic kitab (book) written by well-known ulama; al-'Allamah al-Muhaqqiq Minal al-Mutaakhkhirin al-Syeikh Husain bin Muhammad al-Mahilli and al-Syeikh al-'Allamah Muhammad Ramli al-Kabir. However, this book has been translated into modern Malay language by Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz, an Islamic Advisor to DYMM SPM Yang Di-Pertuan Agong, the King of Malaysia. He also has added valued explanations on certain part of this book to make it clear for the readers.

        Hopefully that there is more ancient kitab or also known as Kitab Kuning can be translated into modern Bahasa Melayu in order new generation especially youngster can take the benefit from precious book by our ulama.

Reference: Furu' al-Masa'il wa Usul al-Wasa'il, al-Syeikh Daud Bin Abdullah, Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz, 2010.

-Tokdin Tuman-

Wednesday, September 15, 2010

SKMM Perlu Bertindak Bukan Hanya Beri Amaran

Merujuk kepada kenyataan yang disiarkan dalam akhbar mengenai amaran oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi amaran keras terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi bagi menggugat keharmonian dan sensitiviti pelbagai kaum dalam negara.

    Sudah semestinya kenyataan ini amat dialu-alukan oleh rakyat kita yang cinta akan keharmonian dalam kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Namun apa yang dikesalkan tindakan yang diambil oleh pihak SKMM terhadap pihak yang terbabit seakan-akan lembap. Buktinya terdapat banyak pihak akhbar tertentu termasuk laman blog yang berlambak-lambak dalam internet yang menjalankan provokasi terhadap isu-isu sensitiviti pelbagai kaum dalam negara ini namun terlepas begitu sahaja. Malah mereka semakin galak menabur provokasi dalam isu-isu sensitif. 

    Tidak dinafikan sebarang tindakan memerlukan siasatan rapi dan bukti yang cukup. Walau bagaimanapun, adakah hal ini menjadi satu penghalang kepada sebarang tindakan yang sepatutnya dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Sedangkan sudah terdapat banyak laporan polis dan juga bukti yang nyata mengenai tindakan yang mengganggu-gugat sensitiviti rakyat pelbagai kaum dalam negara ini dalam sesetengah kes tertentu tetapi pihak SKMM seperti tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.

    Oleh yang sedemikian, adalah menjadi harapan rakyat Malaysia untuk melihat tindakan yang tegas dan pantas daripada pihak SKMM terhadap sebarang pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Bukannya sekadar kenyataan dan amaran semata-mata. Tiada gunanya kita rancak dalam membuat kenyataan tanpa ada tindakan yang muktamad. Rakyat akhirnya boleh hilang kepercayaan terhadap pihak SKMM.

    Satu perkara lagi, pihak SKMM juga haruslah mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang memaparkan maklumat atau bahan yang berunsur pornografi atau juga diistilahkan sebagai lucah walau tidak begitu tepat dari segi maknanya. Perkara ini juga sudah menjadi begitu serius pada hari ini. Apa yang pasti laman-laman pornografi tumbuh bak cendawan tanpa adanya sebarang tindakan terhadap laman yang berdaftar di negara ini atau sebarang sekatan terhadap laman dari luar negara. Perkara ini saya pasti merupakan salah satu punca utama keruntuhan akhlak remaja kita.

    Akhir sekali, bukanlah maksud saya untuk membuat tuduhan bahawa pihak SKMM tidak efektif namun sekadar meluahkan apa yang sepatutnya dilakukan agar negara akan lebih harmoni daripada elemen buruk serta provokasi yang berniat jahat terhadap negara. Semoga SKMM dan badan-badan kerajaan yang lain akan lebih proaktif dalam menghadapi ancaman ini.

-Sardini Tuman-


Tuesday, September 14, 2010

Raya oh Raya!

Assalamualaikum. Sudah lama rasanya aku tak berblog. Kalau ada pun hanya hantar komen pasal isu seperti iklan raya hari tu. Cerita pasal raya ni teringin pula nak berceloteh sikit mengenai raya tahun ini.
    Adapun raya tahun ini bagi aku biasa saja. Baju raya pun beli sehelai dua saja. Itupun bukan baju Melayu. Bukan apa baju T-shirt dah berlambak takut nanti membazir sebab banyak sangat baju sampai tak terpakai. Ada orang tua-tua cakap, baju banyak tak ada masalah sangat cuma jangan sampai tak terpakai yakni terbiar begitu saja. Nanti besok Tuhan tanya kenapa beli baju tapi tak pakai. Kalau setakat banyak sikit itu kira sedikit mewahlah. Tidak mengapa kalau tidak membazir dan ikut kemampuan.
    Masalahnya sekarang ramai antara kita yang membeli untuk raya berlebih-lebihan. Buktinya tengoklah di pusat beli-belah di ibu kota mahupun di pekan biasa penuh dengan orang ramai yang membeli barang keperluan raya. Yang tak tahannya adalah orang punyalah kepingin nak beraya sakan sehingga sanggup berhutang untuk membuat persiapan raya. Ini dah jadi lain. Bukan beraya lagi tapi dah kira menyusahkan diri serta membazir.
    Sepatutnya apabila dah berakhir Ramadhan kita sepatutnya lebih berjimat belanja dan tidak membeli barang yang bukan keperluan. Kurangkan perbelanjaan dalam hal yang berkaitan kehendak sebaliknya utamakan keperluan. Keperluan ertinya segala benda atau perkara yang diperlukan dalam hidup. Kehendak pula sekadar barang yang tidaklah diperlukan sangat cuma sekadar keinginan diri semata-mata. Ibaratnya keperluan untuk memakai selipar atau kasut untuk berjalan. Manakala kehendak pula seperti keinginan membeli selipar atau kasut yang mahal dan berjenama.
    Mungkin raya tahun ramai juga yang mula berjimat dalam belanja sebab harga barang sekarang makin naik. Pendapatan pula biasa saja jadi tak ada modal nak berbelanja besar. Kalau diikutkan susah juga kalau harga barang makin naik melambung tapi ada baik juga. Baiknya keadaan ini boleh mengajar orang kita berjimat cermat.
    Apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431/2010 walau terlambat. Sekarang dah 5 Syawal. Eid al-Fitri Saed, kullu 'am wa antum bikhair. Taqabballahu minna wa minkum.

Komen Iklan Raya TV3

Ini adalah satu komen yang dihantar kepada ruangan forum Utusan Malaysia berkenaan iklan raya oleh TV3, walau bagaimanapun terdapat beberapa pengubahsuaian perkataan yang digunakan. Sebagai contoh saya tidak pernah menamakan stesyen TV terbabit namun diedit oleh pihak Utusan dengan meletakkan nama stesyen TV3. Adalah diakui benar stesyen yang dinyatakan itu namun adalah menjadi prinsip saya untuk tidak menamakan pihak yang terbabit dalam sesuatu isu. Apa pun tidaklah menjadi satu yang salah kerana iklan itu juga disiarkan kepada umum. Inilah komennya;

 

"SAYA ingin menyampaikan satu pendapat mengenai satu iklan raya oleh televisyen terkemuka tanah air, TV3.

Dalam iklan tersebut dipaparkan seorang pak cik tua yang menaiki sebuah beca yang digambarkan boleh terbang. Adalah sedia maklum pada kita bahawa dalam perayaan Krismas terdapat kepercayaan mengenai Santa Claus yang akan menghantar hadiah kepada kanak-kanak melalui kereta terbang rusa kutub.

Oleh yang sedemikian, terdapat persamaan itu dalam iklan ini yang boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan anak-anak muda yang masih kurang pemahaman mereka mengenai hakikat ini.

Walau bagaimanapun, tidak kiralah kita faham hakikat sebenar atau tidak, sepatutnya pihak stesen televisyen tersebut haruslah bertanggungjawab memastikan iklan yang akan disiarkan tidak menyentuh sensitiviti agama Islam atau agama lain.

Mungkin pihak tersebut tidak tersedar akan perkara ini serta berniat mulia untuk menyelitkan mesej 1Malaysia yang diuar-uarkan pada masa ini.

Namun semangat 1Malaysia yang sebenarnya bukanlah bermakna kita mencampurgaulkan persoalan berkaitan sensitiviti agama. Janganlah dengan iklan yang seperti ini membuatkan harapan murni pucuk pimpinan negara berkecai akibat timbulnya isu sensitiviti agama ini atau menjahanamkan agama Islam itu tersendiri. Ingatlah perayaan Aidilfitri bukanlah adat Melayu tetapi soal ibadat agama Islam. Kesuciannya harus dipertahankan.

Sardini Tuman"

 


Daulat Tuanku!!!

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Sembah patik rakyat marhain atas pemasyhuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan sebagai Raja yang memerintah serta Yang Dipertuan bagi Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim yang ke. Adalah menjadi harapan bagi seluruh rakyat jelata khususnya Negeri Kelantan untuk melihat agar Negeri Kelantan akan lebih terurus dan makmur setanding dengan negeri-negeri lain dibawah pemerintahan baginda Sultan ini. Semoga tiada lagi desas-desus atau sebarang pertikaian mengenai pemasyhuran ini kerana saya pasti apa yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah tertakluk kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Janganlah menjadi seperti rumah siap pahat berbunyi. Semoga kemelut Istana Kelantan selesai dalam keadaan yang harmoni. Apa yang penting adalah menjalankan segala tugas pemerintahan yang sememangnya akan memberi kesan terhadap rakyat jelata dan juga negeri. Sultan dan institusi Kesultanan diibaratkan sebagai pokok dengan akar hubungannya seperti tercatit di dalam Sulalatus Salatin. Eratnya hubungan antara rakyat dengan Sultan diterjemahkan seperti kalau batangnya buruk nescaya rosak dan bercerai-berailah akarnya dan begitu jugalah kalau akarnya rosak nescaya batangnya juga turut sama rosak. Akhir kalam, semoga Tuhan memberkati Pemerintah dan Negeri Kelantan agar sentiasa aman makmur.
 
-Sardini Tuman, Kota Bharu.-


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-33750781-1