Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Sembah patik rakyat marhain atas pemasyhuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan sebagai Raja yang memerintah serta Yang Dipertuan bagi Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim yang ke. Adalah menjadi harapan bagi seluruh rakyat jelata khususnya Negeri Kelantan untuk melihat agar Negeri Kelantan akan lebih terurus dan makmur setanding dengan negeri-negeri lain dibawah pemerintahan baginda Sultan ini. Semoga tiada lagi desas-desus atau sebarang pertikaian mengenai pemasyhuran ini kerana saya pasti apa yang telah dilaksanakan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah tertakluk kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Janganlah menjadi seperti rumah siap pahat berbunyi. Semoga kemelut Istana Kelantan selesai dalam keadaan yang harmoni. Apa yang penting adalah menjalankan segala tugas pemerintahan yang sememangnya akan memberi kesan terhadap rakyat jelata dan juga negeri. Sultan dan institusi Kesultanan diibaratkan sebagai pokok dengan akar hubungannya seperti tercatit di dalam Sulalatus Salatin. Eratnya hubungan antara rakyat dengan Sultan diterjemahkan seperti kalau batangnya buruk nescaya rosak dan bercerai-berailah akarnya dan begitu jugalah kalau akarnya rosak nescaya batangnya juga turut sama rosak. Akhir kalam, semoga Tuhan memberkati Pemerintah dan Negeri Kelantan agar sentiasa aman makmur.
-Sardini Tuman, Kota Bharu.-
No comments:
Post a Comment