Tuesday, September 14, 2010

Raya oh Raya!

Assalamualaikum. Sudah lama rasanya aku tak berblog. Kalau ada pun hanya hantar komen pasal isu seperti iklan raya hari tu. Cerita pasal raya ni teringin pula nak berceloteh sikit mengenai raya tahun ini.
    Adapun raya tahun ini bagi aku biasa saja. Baju raya pun beli sehelai dua saja. Itupun bukan baju Melayu. Bukan apa baju T-shirt dah berlambak takut nanti membazir sebab banyak sangat baju sampai tak terpakai. Ada orang tua-tua cakap, baju banyak tak ada masalah sangat cuma jangan sampai tak terpakai yakni terbiar begitu saja. Nanti besok Tuhan tanya kenapa beli baju tapi tak pakai. Kalau setakat banyak sikit itu kira sedikit mewahlah. Tidak mengapa kalau tidak membazir dan ikut kemampuan.
    Masalahnya sekarang ramai antara kita yang membeli untuk raya berlebih-lebihan. Buktinya tengoklah di pusat beli-belah di ibu kota mahupun di pekan biasa penuh dengan orang ramai yang membeli barang keperluan raya. Yang tak tahannya adalah orang punyalah kepingin nak beraya sakan sehingga sanggup berhutang untuk membuat persiapan raya. Ini dah jadi lain. Bukan beraya lagi tapi dah kira menyusahkan diri serta membazir.
    Sepatutnya apabila dah berakhir Ramadhan kita sepatutnya lebih berjimat belanja dan tidak membeli barang yang bukan keperluan. Kurangkan perbelanjaan dalam hal yang berkaitan kehendak sebaliknya utamakan keperluan. Keperluan ertinya segala benda atau perkara yang diperlukan dalam hidup. Kehendak pula sekadar barang yang tidaklah diperlukan sangat cuma sekadar keinginan diri semata-mata. Ibaratnya keperluan untuk memakai selipar atau kasut untuk berjalan. Manakala kehendak pula seperti keinginan membeli selipar atau kasut yang mahal dan berjenama.
    Mungkin raya tahun ramai juga yang mula berjimat dalam belanja sebab harga barang sekarang makin naik. Pendapatan pula biasa saja jadi tak ada modal nak berbelanja besar. Kalau diikutkan susah juga kalau harga barang makin naik melambung tapi ada baik juga. Baiknya keadaan ini boleh mengajar orang kita berjimat cermat.
    Apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431/2010 walau terlambat. Sekarang dah 5 Syawal. Eid al-Fitri Saed, kullu 'am wa antum bikhair. Taqabballahu minna wa minkum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-33750781-1